Kepawangan Korea
Kepawangan Korea

Kepawangan Korea

Kepawangan Korea atau agama rakyat Korea, juga dikenali sebagai Shinisme atau Sinisme[1] (Bahasa Korea: 신교, Hanja 神敎; Shingyo atau Shinkyo, "agama roh/dewa")[2][3] atau (Bahasa Korea: 신도; Hanja: 神道, "cara roh / tuhan"),[4][5] ialah agama etnik politeistik dan animistik Korea yang wujud sejak zaman prasejarah[6] dan terdiri daripada penyembahan dewa-dewa (신 shin) dan nenek moyang (조상 josang) serta roh alam.[5] Apabila merujuk secara khusus kepada amalan dukun (Bahasa Korea: 무속, Hanja: 巫 俗; musog atau musok ), istilah Muisme (Hangul: 무교, Hanja: 巫 敎; Mugyo atau Mukyo, "agama mu (pawang)") digunakan.[7][8]Kata umum untuk "pawang" dalam bahasa Korea ialah mu (Hangul: 무, Hanja: 巫).[6] Dalam terminologi kontemporari, mereka disebut mudang (무당, 巫 堂) jika perempuan atau baksu jika lelaki, walaupun istilah lain ada digunakan secara tempatan.[7] [11] Kata Korea mu ialah sinonim dengan perkataan Cina wu 巫, yang mentakrifkan pawang lelaki dan perempuan.[7] Peranan mudang adalah bertindak sebagai perantara antara roh-roh atau dewa-dewa dan umat manusia untuk menyelesaikan halangan dalam pengembangan kehidupan, melalui amalan ritual gut.[12]Kepawangan Korea telah mempengaruhi beberapa agama baru Korea, seperti Cheondoisme dan Jeungsanisme, dan beberapa gereja Kristian di Korea menggunakan amalan yang berakar pada kepawangan ini.[13]Mitologi kepawangan Korea juga dibacakan secara lisan semasa ritual gut. Di Jeju, ini disebut bon-puri.